Penyelenggaraan Rangkaian
Komputer
1.0 JENIS PENYELENGGARAAN RANGKAIAN
Penyelenggaraan rangkaian bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut tempoh atau jangka masa tertentu sama ada secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan bagi memastikan sesuatu aset rangkaian itu berfungsi dengan baik sepanjang tempoh penggunaannya.
Penyelenggaran aset rangkaian bertujuan:-
a) Memastikan aset rangkaian berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan;
b) Memelihara dan memanjangkan jangka hayat;
c) Meningkatkan keupayaan
1.1 Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) ialah tindakan penyelenggaraan berjadual yang diambil untuk memeriksa, membaiki atau mengganti komponen secara teratur supaya dapat berfungsi dengan lancar secara berterusan.
1.2 Penyelengaraan Pemulihan (Corrective Maintenance)
Penyelenggaraan Pemulihan (Corrective Maintenance) ialah tindakan membaiki atau mengganti komponen supaya dapat berfungsi mengikut standard yang ditetapkan.
2.0 TYPES OF COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY
2.1 Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Connection-LAN)
Rangkaian kawasan setempat (Local area network-LAN) adalah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang.
2.2 Rangkaian Kawasan Bandar (Metropolitan Area Network-MAN)
Rangkaian Kawasan Bandar (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar – bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video.
2.3 Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network –WAN)
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network- WAN) merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua).WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.
2.4 Wifi
Wi-Fi merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network. Wi-Fi membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF(Ultra High Frequency) dan 5 GHz SHF(Super High Frequency). Nama Wi-Fi sering dianggap sebagai singkatan wireless fidelity, tetapi sebenarnya merupakan tanda dagangan dan digunakan dengan terma audiophile Hi-Fi. Wi-Fi Alliance mentakrifkan Wi-Fi sebagai mana-mana produk WLAN yang berdasarkan piawaian 802.11 Institut Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.Dalam topologi bas, semua komputer disambung kepada bas sebagai cabang daripada talian umum dan talian umum ini dipanggil 'trunk' (juga dikeali sebagai backbone atau segmen). Setiap nod dalam topologi bas mempunyai alamat yang unik.
3.0 PERKAKASAN RANGKAIAN DAN KOMPUTER
3.1 Teknik Analisis
Organisasi perlu:
a) Menentukan data yang diperlukan
b) Laksanakan pengumpulan data
c) Analisa data tersebut
3.1.1 Tujuan pengumpulan data
a) Mengetahui /memahami keadaan sebenar sesuatu perkara
b) contoh : memeriksa % barang yang rosak di dalam suatu lot
c) Tujuan analisa/penyelidikan
d) contoh : mencari hubungkait antara akibat dan sebab-sebabnya.
e) Mengawal proses
f) contoh : carta kawalan
g) Membuat standard(regulating data)
h) contoh : data digunakan sebagai asas untuk menaikkan / menurunkan suhu dengan ini suhu standard /stabil boleh dicapai
i) Untuk penerimaan/penolakan
j) contoh : data yang digunakan untuk penerimaan atau penolakan sesuatu produk selepas pemeriksaan
3.1.2 Analisis data penyelenggaraan
a) Bilangan „breakdown‟ - kerosakan
b) Bilangan kebocoran
c) Jangkamasa diantara permohonan perkhidmatan dengan pelaksanaan kerja
d) Keberkesanan penyelenggaran
e) Masalah yang berulang-ulang
3.1.3 Langkah –langkah Pengumpulan Data
a) Pastikan sasaran kerja yang ditetapkan
b) Tentukan faktor yang perlu bagi pengukuran data pencapaian
c) Pastikan sumber maklumat direkodkan
d) Tentukan kekerapan pengumpulan data dalam proses kerja
e) Kumpulkan semua sumber data untuk analisis
f) Sediakan ringkasan laporan pencapaian dari sumber data asas.
g) Tentukan jenis data yang ada dan teknik statistik yang bersesuaian dengan data
h) Sediakan analisis pencapaian proses.
i) Bandingkan dengan sasaran yang diberikan.
j) Laksanakan tindakan pembetulan jika gagal menepati sasaran kerja.
3.2 Jenis-Jenis Laporan
3.2.1 Activity Log
Activity log adalah satu kaedah atau cara merekod tugas – tugas / data – data yang telah dilaksanakan dalam bentuk jadual atau laporan. Ini dapat membantu dalam menguruskan masa dengan bijak, selain itu, ia dapat mengekalkan perancangan suatu proses kerja / aktiviti bergantung kepada kemahiran individu tersebut. Kaedah ini dapat di laksanakan dengan dua kaedah iaitu menggunakan secara manual ataupun penggunaan perisian.
3.2.2 Senarai Semak
Senarai semak ataupun Ckecklist adalah satu dokumen yang digunakan untuk membantu individu dalam memastikan kesempurnaan menyelesaikan tugas yang dilaksanakan. senarai semak amat penting digunakan semasa melaksanakan prosedur operasi penyelenggaraan dan pencegahan. Contohnya, apabila seorang juruteknik membuat preventive maintenance di dalam makmal komputer, senarai berkenaan tugas – tugas yang berkaitan perlu di tulis supaya tiada maklumat atau perkara yang tercicir.
3.2.3 Laporan Servis
Laporan servis adalah satu dokumen yang digunakan apabila telah melaksanakan satu kerja atau penyelenggaraan. Ia bertujuan memastikan perkhidmatan servis direkod dan dijadikan sebagai bukti kerja – kerja servis telah dilaksanakan. Laporan servis boleh digunakan untuk kegunaan dalaman dan luaran. Kriteria yang perlu ada di dalam borang servis adalah:
a) Logo dan maklumat organisasi
b) Nombor rujukan dan tarikh servis
c) Maklumat tentang servis yang dijalankan
d) Maklumat tentang peralatan yang diservis
e) Laporan servis
f) Tandatangan pengesahan bagi juruteknik dan pelanggan
3.2.4 Faulty Parts
Mengenalpasti sesuatu yang perlu dibaiki bermakna bermulalah proses mengesan kerosakan. Mengesan kerosakan adalah satu proses mengenal atau menganalisa masalah dan mencari jalan penyelesaian. Sebelum itu anda perlu:
a) Memahami tugas yang hendak dilakukan
b) Mengetahui kehendak tugas
c) Mengenalpasti masalah
i. Adakah sistem memenuhi kehendak anda?
ii. Bila kali terakhir sistem memenuhi kehendak anda?
iii. Bagaimana ia berbeza dengan yang asal?
d) Menerima kehadiran masalah
e) Mengenalpasti masalah
f) Mengenalpasti punca masalah
g) Mengenalpasti bukan punca masalah
h) Membaiki masalah
i) Membaiki penyebab masalah
3.2.5 Cable
Di dalam beberapa kajian, banyak kes menunjukkan rangkaian yang mengalami masalah disebabkan oleh pengkabelan. Dengan melakukan perancangan yang rapi dan mengkaji dengan teliti beberapa faktor yang berkaitan dapat mengelakkan daripada masalah setelah sistem beroperasi sepenuhnya. Padamasa kini,
penggunaan kabel adalah sesatunya cara dalam penggunaan telefon dan penghantaran data. Antara kelebihan yang diperolehi daripada penstrukturan ini ialah:
a) Sekata (Consistency). Ianya tidak akan berubah cara penggunaannya
b) iaitu untuk penghantaran data, suara (voice) dan video.
c) Menyokong kepada pelbagai perkakasan yang ada dalam pasaran
d) samada daripada jenama atau syarikat yang berlainan.
e) Mudah diubah, ditambah dan ditukar sekiranya terdapat perubahan pada sistem.
f) Mudah untuk melakukan kerja-kerja troubleshooting dan penyelenggaraan
g) Menyokong kepada aplikasi yang bakal muncul pada masa akan datang
3.2.6 Patches Version
Patch adalah suatu perisian yang direka untuk mengemas kini program komputer atau data yang menyokong, untuk menetapkan atau memperbaikinya. Ini termasuk menetapkan kelemahan keselamatan dan pepijat lain. Dengan patch seperti biasanya dipanggil pembaikan pepijat dan meningkatkan kebolehgunaan atau prestasi sesuatu sistem komputer.
3.2.7 Backup Record
Definisi bagi backup adalah proses mencipta satu set salinan program atau data fail untuk disimpan sebagai set simpanan keselamatan dalam satu medium yang kekal. Back-up utiliti adalah program yang memudahkan pengguna menyalin data-data penting dalam kumpulan fail yang besar dari ‘Hard disk’ kepada satu medium yang lain untuk kegunaan kecemasan apabila data sebenar (original data) rosak atau hilang.
Kepentingan Back-up dalam sistem rangkaian:
a) Kebanyakan pengguna hanya menyimpan data dan program mereka dalam hard disk komputer mereka tetapi jika hard disk tersebut rosak,mereka tidak dapat menghadapi masalah yang kritikal jika data-data tersebut amat mustahak.
b) Oleh itu untuk mengatasi masalah ini dari berlaku, langkah terbaik adalah dengan menyimpan data penting tersebut ke dalam disket, tape atau medium simpanan yang boleh ubah.
c) Oleh kerana disket bukanlah alternatif yang sesuai jika data yang hendak disimpan terlalu besar, maka anda dinasihatkan untuk menggunakan medium yang berkuasa tinggi tape dan Removel High-Capacity magnetic disk atau Jaz disk-tape drives.Setiap jenis data yang kritikal
hendaklah di’backup’ sebelum memulakan proses installation.
0 comments:
Post a Comment