Z-009-1:2015 CA01
ASAS KOMUNIKASI PEKERJAAN
1.0 BAHASA KERJA
- Bahasa kerja boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan dalam syarikat, negeri, pertubuhan atau organisasi sebagai alat komunikasi.
- Bahasa kerja ini perlu terutamanya dalam organisasi yang terdiri daripada ahli ahli yang berlatar belakangkan bahasa yang berbeza sebagai usaha untuk memastikan tiada kesilapan dalam komunikasi .
- Dalam kerja-kerja harian, semua pekerja akan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan tugas-tugas di syarikat itu.
- Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kerja utama disamping disamping menjadi penghalang kepada komunikasi.
2.0 Slanga,
dialek dan jargon
2.1 Penggunaan Slanga ungkapan dialek dan jargon di tempat kerja boleh menjadi penghalang kepada komunikasi .
2.2 Sesetengah kata dan ungkapan Slanga mungkin sesuai digunakan diluar tetapi tidak sesuai digunakan tempat kerja .
- BOSSKU -
- TIBER -
- BBB -
- ONXON -
Beberapa ungkapan slanganya yang lazim digunakan di malaysia .
- TIBER -
- BBB -
- ONXON -
Beberapa ungkapan slanganya yang lazim digunakan di malaysia .
Steady,
Bro!
Kantoi!
|
|
Ngam
|
|
Cun, beb!
|
Kow-kow
|
Rajah 1 Beberapa ungkapan slanga yang lazim digunakan di Malaysia
3
2.2 Dialek ialah loghat
atau bahasa daerah. Dialek mungkin berbeza daripada jenis bahasa standard dari
segi sebutan dan tatabahasa, atau mempunyai kata-kata yang sama sekali berbeza.
Disebabkan bukan semua orang yang memahami loghat atau bahasa daerah, lebih
elok dielakkan sahaja penggunaannya di tempat kerja.
2.3 Jargon ialah kata-kata
atau ungkapan yang digunakan oleh orang yang bekerja dalam bidang tertentu.
Kata-kata dan ungkapan ini mungkin sukar difahami orang lain. Jargon hanya
boleh digunakan sekiranya bercakap atau menulis kepada orang yang mengenali
istilah yang digunakan. Sekiranya perlu menggunakan jargon ketika berhadapan
dengan orang yang bekerja dalam bidang yang berlainan, pastikan setiap kata
jargon diterangkan maknanya.
Menggunakan jargon apabila
tidak perlu, terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang yang tidak mengenali
istilah yang digunakan akan menjejaskan kejelasan dan menyebabkan
ketidaksejajaran antara mesej yang ingin disampaikan dan makna yang difahami.
Di samping itu, penggunaan jargon boleh dilihat sebagai cara untuk cuba menyembunyikan
fakta. Biasanya, orang lebih cenderung mempercayai kesahihan maklumat yang
diterangkan dengan ringkas dan jelas.
Unity-gain amplifier
Impedance buffer
Binary fission
Chemical kinetics
Facultative anaerobe
Rajah 2 Contoh jargon
3. Bahasa
yang sesuai di tempat kerja
Bahasa yang anda gunakan di
tempat kerja boleh mempengaruhi kejayaan dan imej profesional anda. Penggunaan
bahasa yang sesuai di tempat kerja juga memberi kesan pada nama baik
profesional anda. Oleh itu, anda perlu sentiasa berhati-hati untuk memastikan
penggunaan bahasa yang sesuai di tempat kerja.
3.1 Sentiasa gunakan bahasa
standard dan ikut peraturan bahasanya dalam pertuturan dan penulisan di tempat
kerja.Jika tidak fasih berbahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan, berusahalah
untuk bertutur dengan fasih dengan mencontohi cara golongan profesional
bertutur dan menulis di tempat kerja. Melalui cara inilah anda akan dapat
menguasai kemahiran berbahasa.
3.2 Berikut ialah beberapa
perkara yang harus diambil kira dalam penggunaan bahasa di tempat kerja:
i) Gunakan tahap bahasa yang
formal. Apabila berbual-bual dalam situasi tidak formal atau dalam penulisan
tidak formal, anda boleh menggunakan bahasa yang kurang formal, tetapi anda
mesti mengekalkan keprofesionalan pada setiap masa.
ii) Elakkan kata makian dan
lucah. Sumpah-seranah tidak boleh digunakan di tempat kerja.
iii) Elakkan komen berat sebelah
atau menghina. Jangan gunakan kata-kata kesat atau bahasa yang bias terhadap
mana-mana kelompok kaum, etnik, agama atau umur. Elakkan komen, generalisasi,
contoh, atau jenaka yang melibatkan stereotaip negatif.
iv) Elakkan penggunaan bahasa
slanga dan jargon. Perlu juga berhati-hati menggunakan kiasan dan bahasa
daerah.
v) Bersopan santun. Anda akan
lebih berjaya dan sudah pasti akan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan
rakan sekerja dan rakan sepejabat lain jika menghormati mereka dan bergaul
dengan mereka dengan sopan.
vi) Sertai kursus / kelas.Untuk
penggunaan bahasa yang lebih tepat apabila menulis dan bertutur di tempat
kerja, anda boleh mengambil kelas atau menghadiri bengkel atau seminar tentang
berkomunikasi dengan berkesan dalam dunia perniagaan.
Perkara yang disebut di
atas akan membantu anda menggunakan bahasa yang sesuai di tempat kerja. Jika
prinsip-prinsip ini dipatuhi, orang lain di tempat kerja akan.
mempunyai tanggapan yang baik tentang anda, dan anda juga akan dikenali
sebagai pekerja
dan rakan sekerja yang bersifat profesional dan bersopan santun.
Patut
|
Tidak
|
|
Patut
|
||
|
||
|
Guna bahasa
|
|
Gunakan bahasa
|
daerah dan
|
|
standard
|
jargon yang
|
|
|
tidak perlu
|
|
Gunakan bahasa
|
Guna slanga
|
|
formal
|
||
|
||
Bersopan
|
Biadap dan
|
|
santun dan
|
mengeluarkan
|
|
berbudi bahasa
|
kata‐kata kesat
|
Rajah 3 Perkara yang patut dan tidak
patut dilakukan dalam berkomunikasi di tempat kerja
4. Jenis
Komunikasi
Istilah ‘komunikasi’
biasanya bermaksud bercakap, menulis atau menghantar mesej kepada orang lain.
Kemahiran berkomunikasi dengan baik diperlukan kerana kemahiran ini akan
meningkatkan kemahiran sosial anda. Membina kemahiran berkomunikasi penting
untuk memperkasakan keyakinan diri dalam apa jua keadaan hidup.
4.1 Komunikasi berlaku
melalui pertukaran simbol yang menggambarkan idea dan pengalaman. Bahasa ialah
suatu sistem simbol umum yang digunakan untuk berkongsi pengalaman dengan orang
lain.
4.2 Simbol-simbol seperti
gambar,warna,tanda dan bunyi boleh digunakan untuk berkomunikasi. Ekspresi
muka,pergerakan,pakaian dan lain-lain juga adalah sebahagian bentuk
berkomunikasi,walaupun tidak menggunakan pertuturan.
4.3 Komunikasi melalui
simbol tanpa melibatkan bahasa dikenali sebagai komunikasi bukan lisan,
manakala komunikasi dalam bentuk pertuturan atau bertulis dipanggil komunikasi
lisan.
Jenis
Komunikasi
Komunikasi
Lisan
Komunikasi
Bukan Lisan
Komunikasi
Oral Bertulis
(Pertuturan)
Rajah 4 Jenis
komunikasi
4.4 Komunikasi lisan ialah
proses menyampaikan maklumat yang melibatkan komunikasi menggunakan bahasa yang
berkesan antara penyampai dan penerima maklumat. Terdapat dua jenis komunikasi
lisan:
i) Komunikasi oral
Komunikasi oral ialah
proses penyampaian maklumat dan idea dari seorang individu kepada individu yang
lain melalui pertuturan.
ii) Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulis ialah proses menyampaikan
maklumat dalam bentuk bertulis.
4.5 Komunikasi bukan lisan
Satu lagi jenis komunikasi
ialah komunikasi bukan lisan. Komunikasi bukan lisan merangkumi aspek suara,
badan, mata dan penampilan diri.
i) Komunikasi bukan lisan
ialah proses penyampaian maklumat dalam bentuk mesej tanpa kata-kata. Maklumat
ini boleh disampaikan antara lainnya melalui :
a) Pergerakan tubuh badan
b) Postur (posisi atau kedudukan badan)
c) Hubungan mata
d) Paralinguistik (nada suara, kenyaringan suara)
e) Jarak atau ruang personal
f) Ekspresi wajah
g) Perubahan fisiologi
h) Pakaian dan penampilan diri
ii) Walaupun komunikasi umum
yang sering digunakan adalah melalui pertuturan atau penulisan, namun peranan
komunikasi bukan lisan tidak boleh dipandang remeh. Senyuman, isyarat dan
pergerakan badan tertentu juga mampu menyampaikan mesej kepada orang
sekeliling.
iii) Isyarat bukan lisan penting
kerana cara kita mendengar, serta rupa, pergerakan dan reaksi kita menunjukkan
sama ada kita peduli, jujur, dan memberi perhatian atau tidak. Apabila isyarat
bukan lisan berpadanan dengan kata-kata yang kita ucapkan, ini akan
meningkatkan tahap kepercayaan dan memperbaiki hubungan antara kita dengan
pendengar di samping menyampaikan mesej yang jelas. Jika tidak, ini boleh
mengakibatkan ketegangan, ketidakpercayaan dan kebingungan.
Jika ingin menjadi
komunikator yang baik, perlu membina kepekaan terhadap bahasa gerak-geri dan
isyarat bukan lisan diri sendiri dan orang lain.
Penampilan Diri
Pakaian, gaya rambut, pilihan warna
Gerak Isyarat
Gerakan tangan, kenyitan mata,
anggukan
KomunikasiB
Paralinguistik ukan
Lisan
Nada suara, kenyaringan
|
|
Ekspresi Wajah
|
|
|
|
Senyuman, dahi berkerut
|
|
|
|
|
|
Hubungan Mata
|
|
|
|
Postur
|
|
||
Gerakan mata, kelipan mata
|
|
||
|
Menyilang tangan, menyilang kaki,
cara duduk
|
|
|
|
|||
|
|
|
|
Rajah 5 Beberapa
elemen komunikasi bukan lisan
8
4
0 comments:
Post a Comment